Logitech PowerShell Controller Untuk iPhone Dilancarkan Di Malaysia

Logitech PowerShell Controller Untuk iPhone Dilancarkan Di Malaysia

Diterbitkan pada Feb 25, 2014 oleh .

Bagi para pengguna peranti iOS 7, terutamanya yang menggunakan iPhone 5S, iPhone 5, dan juga iPod Touch (5), hari ini pihak Logitech Malaysia mengumumkan pengenalan Logitech PowerShell Controller + Battery untuk pasaran tempatan.

Logitech PowerShell Controller + Battery

Melalui aksesori tambahan berkenaan, ia memfokuskan kepada mereka yang gemar memainkan game pada peranti mudah-alih, sekaligus memudahkan untuk mengawal beberapa permainan yang menyokong input alat-kawalan iOS 7.

Selain daripada sokongan alat kawalan permainan, ia juga turut menyimpan sedikit kapasiti tambahan bateri, membolehkan pengguna untuk mengecas peranti mereka ketika menggunakannya.

Logitech PowerShell Controller + Battery ditawarkan di Malaysia pada harga RM399.


TIPS & ULASAN