Sokongan Spotify Percuma Akan Hadir Ke Windows Phone Tidak Lama Lagi

Sokongan Spotify Percuma Akan Hadir Ke Windows Phone Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Feb 25, 2014 oleh .

Pihak Spotify sebelum ini telah memperkenalkan perkhidmatan penstriman lagu percuma pada peranti mudah-alih. Namun, ia hanya eksklusif untuk pengguna di Android dan iOS sahaja buat masa ini.

Spotify Shuffle

Berkongsi mengenai kemaskini aplikasi mereka untuk Windows Phone, Spotify mengatakan sokongan memainkan lagu percuma tersebut akan hadir ke Windows Phone tidak lama lagi.

Pengumuman tersebut dikongsikan Spotify bersama-sama pengenalan kemaskini baru untuk Windows Phone hari ini yang menyertakan fungsi Radio, Browse dan Discover pada Windows Phone.


TIPS & ULASAN