BlackBerry Q20 Akan Hadir Pada Tahun Ini – Mengembalikan Papan Kekunci Ikonik

BlackBerry Q20 Akan Hadir Pada Tahun Ini – Mengembalikan Papan Kekunci Ikonik

Diterbitkan pada Feb 25, 2014 oleh .

Selain perkongsian mengenai peranti baru BlackBerry, iaitu Blackberry Z3, pihak BlackBerry juga turut mengatakan yang mana mereka akan hadir dengan sebuah lagi telefon pintar dengan papan kekunci fizikal dinamakan BlackBerry Q20 “Classic” pada tahun ini.

Pihak BlackBerry mengatakan ia akan menyertakan butang dan trackpad yang sinonim dengan Blackberry, disamping fungsi seperti emel dan sebagainya yang diintegrasikan pada sistem operasi berkenaan. Butang-butang seperti “Menu”, “Back”, “Send” dan “End” turut dilihat akan dikembalikan semula pada Blackberry Q20 kelak.

Bateri berkapasiti tinggi turut akan diintegrasikan untuk menawarkan masa penggunaan yang lama pada peranti berkenaan.

Telefon pintar ini dijangka akan hadir pada pertengahan tahun kedua 2014 ini.


TIPS & ULASAN