Cari @ Amanz

Pada Mobile World Congress, selain memperlihatkan beberapa peranti baru daripada Samsung, gergasi dari Korea Selatan juga mempertontonkan beberapa aksesori, dan salah satunya adalah S-Console.

Samsung S-Console

Samsung S-Console berfungsi dengan membolehkan pengguna menghubungkan telefon pintar Galaxy ke S-Console, dan menggunakannya dalam memainkan permainan seumpama pada konsol mudah-alih.

Daripada percubaan kami, untuk menggunakan dan mengaktifkan mod permainan, pengguna hanya perlu tekan butang “Play” pada S-Console, dan kemudiannya ia akan membuka aplikasi khusus dan memperlihatkan permainan yang dioptimasikan untuk alat kawalan permainan tersebut.

Hanya beberapa permainan sahaja yang disokong, termasuk antaranya adalah Metal Slug dan juga Asphalt 8.

Ia tidak diketahui sama ada pihak Samsung akan memasarkannya kepada umum, ataupun akan menantikan lebih banyak pengeluar permainan menyokongnya sebelum memperkenalkan ia kepada umum.

Samsung S-Console

Samsung S-Console

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd