Yota Phone | |
---|---|
Pemproses | Dwi-Teras 1.7Ghz Krait |
RAM | 2GB |
Muatan Dalaman | 32GB |
Kamera | 13-megapixel, 1-Megapixel Depan |
Skrin | 4.3-inci 720×1280 LCD |
Skrin Belakang | 4.3-inci 360×640 EPD |
Bateri | 1800 mAh |
Pada acara Mobile World Congress 2014 yang diadakan di Barcelona, pihak pembangun Yota Phone telah berkongsi mengenai perancangan untuk telefon generasi baru mereka yang akan datang, disamping memperlihatkan Yota Phone versi lama mereka.
YotaPhone dijana menggunakan Android, dan membezakan ia daripada pelbagai pengeluar lain adalah sokongan skrin belakang berwarna hitam putih yang sentiasa terbuka, memudahkan pengguna melihat notifikasi dan sebagainya.
Pihak Yota Phone mengatakan yang mana sentiasa membuka dan mematikan peranti untuk melihat notifikasi adalah salah satu perkara yang melecehkan dan menggunakan tenaga bateri yang banyak. Untuk mengatasinya, mereka membawakan sebuah skrin tambahan pada bahagian belakang.
Skrin belakang tidak menyokong skrin sentuh, dan hanya membawakan sokongan gesture sahaja – untuk tujuan memudahkan pengguna membaca ebook dan sebagainya menggunakan skrin tersebut. Pengguna juga turut boleh menggunakan gesture untuk kembali ke aplikasi sebelumnya yang dibuka menggunakan skrin berkenaan.
[amanz-gallery]
Untuk tujuan memaparkan sesuatu perkara pada skrin belakang, pengguna perlu menggunakan beberapa aplikasi khusus yang telah disediakan oleh YotaPhone, dan menekan sebuah butang khas yang diletakkan pada bahagian atas peranti berkenaan.
YotaPhone turut sama dalam perancangan untuk memperkenalkan telefon pintar generasi baru mereka, yang mana bakal menyertakan sokongan skrin sentuh pada bahagian belakang peranti berkenaan.