Portal 2 Beta Diperkenalkan Untuk Pengguna Linux Melalui Steam

Portal 2 Beta Diperkenalkan Untuk Pengguna Linux Melalui Steam

Diterbitkan pada Feb 26, 2014 oleh .

Portal LinuxPermainan Portal 2 bukan sesuatu yang baru. Menariknya, hari ini pihak Valve telah memperluaskan sokongan platform untuk permainan berkenaan, dengan melancarkan Portal 2 Beta untuk semua pengguna Linux.

Portal 2 telah diperkenalkan pada tahun 2011 yang lepas, dimana membawakan permainan berbentuk First-Person Puzzle Plaform, dan mempunyai peminat mereka tersendiri. Ia sebelum ini telah ditawarkan pada Windows, Mac OS X, PS3 dan juga Xbox 360.

Penambahan ke Linux ini sekaligus membolehkan pengguna Linux menikmati lebih banyak permainan menarik pada komputer mereka, tanpa perlu berubah platform seperti sebelumnya.

Untuk mengakses permainan Portal 2 Beta untuk Linux, pengguna hanya perlu memasuki “Beta” daripada Portal 2 properties didalam Steam Library.


TIPS & ULASAN