(MWC 2014) Sailfish Launcher Untuk Android

(MWC 2014) Sailfish Launcher Untuk Android

Diterbitkan pada Feb 26, 2014 oleh .

Pihak Jolla sedia berkongsi perancangan mereka untuk membawa launcher khas untuk Android tidak lama lagi. Di Mobile World Congress, mereka memperlihatkan launcher mereka untuk Android yang membawakan pelbagai fungsi sama seperti Sailfish OS.

Daripada apa yang ditunjukkan, sebaik sahaja memasangnya, pengguna akan diperlihatkan dengan skrin utama yang menjadi pusat setempat untuk melihat notifikasi dan juga jam, dan apabila mentatal ke bawah, ia akan memperlihatkan tetingkap kecil untuk aplikasi yang sedang beroperasi. Apabila di tatal lagi sekali, pengguna akan diperlihatkan dengan senarai aplikasi yang dipasang pada peranti mereka.

Buat masa ini, apa yang diperlihatkan kepada kami masih lagi pada peringkat pembangunan awal, dan pelbagai fungsi masih tidak stabil sepenuhnya.

Pihak Jolla mengatakan Sailfish Launcher ini akan diperkenalkan kepada umum dalam bentuk beta seawal bulan hadapan.


TIPS & ULASAN