Cari @ Amanz

Google Now Launcher telah diperkenalkan bersama-sama Nexus 5 sebelum ini, dimana ia membawakan sedikit perubahan paparan pada antaramuka skrin utama, disamping pengguna boleh membuat kawalan suara dengan arahan “Ok Google” dengan mudah.

Setelah sekian lama hanya eksklusif untuk peranti Nexus 5 sahaja, hari ini ia dilihat pihak Google telah menerbitkan aplikasi berkenaan di Google Play Store.

Nexus 5-21

Daripada apa yang dikongsikan Google, menggunakannya, kini Google Now dipaparakan pada skrin utama, dan pengguna boleh melakukan carian dengan lebih pantas – termasuk akses ke produk dan perkhidmatan Google seperti Gmail dan sebagainya dengan mudah.

Menawarkannya secara berasingan juga akan membolehkan pihak Google memperkenalkan kemaskini semasa untuk launcher mereka dengan lebih mudah.

Buat masa ini, ia dilihat hanya memfokuskan kepada peranti dengan sokongan terus daripada Google dan menggunakan Android 4.4 Kitkat sahaja. Ia tidak diketahui lagi bilakah sokongan launcher daripada Google ini akan diperluaskan kepada pengguna peranti lain yang menjalankan versi sistem operasi yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd