Google Bakal Mengadakan Project Ara Developer Conference Pada Pertengahan April

Google Bakal Mengadakan Project Ara Developer Conference Pada Pertengahan April

Diterbitkan pada Feb 27, 2014 oleh .

Boleh dikatakan sudah sekian lama kita tidak mendengar mengenai Project Ara. Terakhir sekali, kita sedia maklum yang mana pasukan disebaliknya akan kekal di Google, sementara Motorola diambil-alih oleh Lenovo.

Project Ara

Hari ini, pihak Google mengumumkan, pasukan Advanced Technology & Projects mereka bakal mengadakan sebuah acara khas selama dua hari, iaitu 15 April dan 16 April, dalam berkongsi pelbagai maklumat tambahan berkaitan dengan Project Ara.

Acara pertama ini bakal memfokuskan kepada kit pembangun versi alpha untuk Ara Moduel, sekaligus memberikan peluang untuk para pembangun untuk hadir dengan modul-modul mereka tersendiri untuk Project Ara.

Walaupun acara ini dilihat lebih memfokuskan kepada pembangun, tidak mustahil juga untuk Google berkongsi beberapa info menarik berkaitan dengan projek mereka ini pada acara berkenaan.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai acara tersebut dan menyaksikannya menggunakan pelayar web anda, boleh mendaftarkan minat pada sebuah halaman khas yang disediakan Google hari ini.

Daftar : Project Ara Developers Conference


TIPS & ULASAN