Cari @ Amanz

Microsoft Malaysia hari ini telah mengeluarkan beberapa info baru mengenai komputer tablet mereka generasi baru, iaitu Surface 2. Ia dikatakan akan dilancarkan di Malaysia pada 14 Mac kelak.

Bersama-sama dengan Surface 2, Microsoft juga turut sama akan menawarkan Type Cover 2 dan juga Touch Cover 2 untuk pasaran tempatan.

Untuk yang tidak mengenali Surface 2, ia merupakan sebuah peranti berasaskan Windows RT 8.1, dan membawakan kemaskini dari segi prestasi dan juga masa bertahan bateri yang lebih lama. Perisian Microsoft Office juga turut hadir terbina padanya, disamping tawaran ratusan ribu aplikasi melalui Windows Store, termasuk antaranya seperti Facebook, Flipboard dan lain-lain.

Buat masa ini, tarikh pelancaran untuk Surface 2 Pro di Malaysia masih tidak diketahui lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd