Cari @ Amanz

Pihak Samsung Malaysia hari ini telah mengumumkan pelancaran kamera digital berasaskan Android daripada mereka yang terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Samsung Galaxy Camera 2.

Samsung Galaxy Camera 2

Samsung Galaxy Camera 2

Samsung Galaxy Camera 2 merupakan generasi kedua untuk kamera berasaskan Android daripada Samsung, dimana ia menyertakan lensa dengan sensor 16-megapixel BSI CMOS, menawarkan sokongan zoom optikal sehingga 21x, menggunakan cip pemprosesan 1.6GHz empat-teras, memori 1GB RAM, dan ruangan percuma Dropbox sebanyak 50GB. Ia turut dilengkapi dengan skrin bersaiz 4.8-inci yang membolehkan pengguna mengawal pelbagai perkara termasuk Smart Mode daripada Samsung melaluinya.

Di Malaysia, Samsung Galaxy Camera 2 akan dijual pada harga RM1699 dan boleh didapati daripada para pengedar Samsung seluruh negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd