iTunes Gift Card Mula Ditawarkan Di Singapura

iTunes Gift Card Mula Ditawarkan Di Singapura

Diterbitkan pada Feb 27, 2014 oleh .

iTunes Gift CardApple kini dilihat telah mula menawarkan iTunes Gift Card di Singapura, membolehkan mereka yang berada di negara tersebut untuk membeli kad tambah nilai dalam bentuk pilihan harga $30, $50, $100 dan juga $150.

Untuk mereka yang tidak mengenali akan iTunes Gift Card, ia menawarkan sebuah kod melaluinya, yang mana boleh ditambah ke akaun iTunes Store pengguna dan digunakan untuk membeli kandungan menggunakan Mac, iPad, iPhone, iPod dan juga Apple TV.

Di Singapura, pengguna boleh mendapatkan iTunes Gift Card daripada para pengedar rasmi Apple, Courts dan juga rangkaian Challenger.

Mungkinkah kita akan melihat iTunes Gift Card diperluaskan ke Malaysia tidak lama lagi?


TIPS & ULASAN