Sokongan Facebook Messenger Untuk Windows Akan Ditamatkan Minggu Hadapan

Sokongan Facebook Messenger Untuk Windows Akan Ditamatkan Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Feb 27, 2014 oleh .

Pihak Facebook hari ini telah mula memperlihatkan notifikasi pada Facebook Messenger untuk Windows – mengatakan ia bakal berhenti beroperasi selepas tarikh 3 Mac.

Facebook Messenger Pada Windows

Facebook Messenger untuk Windows telah diperkenalkan lebih kurang dua tahun yang lepas, membolehkan para pengguna komputer Windows menggunakan perkhidmatan permesejan Messenger melalui desktop mereka.

Sebab utama untuk menamatkannya tidak dikongsikan pihak Facebook.

Facebook Messenger untuk Android dan iOS akan beroperasi seperti biasa, sementara versi Windows Phone bakal menyusul tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN