Cari @ Amanz

Asus hari ini telah mengumumkan kemaskini Android 4.4 KitKat untuk beberapa model Padfone yang sedia ada. Antara model Padfone yang terlibat ialah Padfone 2, Padfone Infinity, dan kesemua Padfone Infinity generasi baru.

Kemaskini ini bakal membawakan beberapa fungsi terbaru yang didatangkan bersama Android 4.4 KitKat selain turut memperkenalkan antara muka ASUS ZenUI yang serba baharu kepada semua peranti ini.

Kesemua kemaskini bakal diperkenalkan secara berperingkat bermula dengan Asus Padfone 2 dan Asus Infinity yang bakal menerimanya pada akhir suku kedua tahun ini. Bagi peranti Asus Infinity generasi baru pula, kemaskini KitKat bakal diperkenalkan bermula suku ketiga 2014 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd