LINE Ingin Menawarkan Sokongan Panggilan Ke Talian Tetap Dan Mudah-Alih

LINE Ingin Menawarkan Sokongan Panggilan Ke Talian Tetap Dan Mudah-Alih

Diterbitkan pada Feb 28, 2014 oleh .

LINE hari ini sedia menawarkan perkhidmatan permesejan dan panggilan suara antara pengguna mereka. Dan, dengan persaingan sengit dalam arena tersebut, ia kini dilihat mereka turut akan memperluaskan sokongan panggilan kepada talian tetap dan mudah-alih di beberapa buah negara.

Buat masa ini, pihak Skype dan Viber sedia menawarkan sokongan seumpamanya, dan dengan angka pengguna LINE yang meningkat dari hari ke hari, mungkin ia turut akan memberikan persaingan sihat di antara penyedia yang lain. Daripada apa yang diketahui, ia akan menggunakan sokongan talian internet untuk membuat panggilan, dan pengguna akan dikenakan sedikit caj panggilan untuk membuat panggilan ke nombor telefon talian tetap dan juga talian mudah-alih

Buat masa ini, ia dilihat telah diperkenalkan di Jepun, dan akan diperluaskan ke beberapa buah negara lain pada bulan hadapan.


TIPS & ULASAN