Carian
Google Mengemaskini Hangouts Untuk iOS – Membawakan Antaramuka Selari iOS 7
February 28, 2014 Arib Ismail

Google hari ini telah memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi Hangouts mereka yang mana ia menyertakan beberapa fungsi baru termasuk kemaskini dari segi antaramuka – selari dengan rekabentuk iOS 7.

Hangouts-iOS-2-0

Melalui versi 2.0, Hangouts untuk iOS turut hadir dengan pengotimasian sepenuhnya bagi pengguna iPad selain didatangkan bersama sticker beranimasi yang mana hanya eksklusif pada pengguna Android sebelum ini. Ia turut tampil dengan kebolehan merakam dan menghantar mesej video selama 10 saat dan menawarkan fungsi perkongsian Maps untuk lokasi terkini kepada rakan-rakan anda.

Bagi pengguna iPhone atau iPad, anda boleh mengemaskini Google Hangouts versi 2.0 secara percuma daripada App Store hari ini.

Komen