Carian
HEL MD : Prism Tank Red Alert Hampir Menjadi Realiti
February 28, 2014 Effi Saharudin

Red Alert 2 ialah permainan komputer dari siri Command and Conquer yang paling kami minati. Dari skrin pemasangan yang penuh maklumat (military software detected! = nostalgia) hinggalah kepada cara penyampaian cerita menggunakan video yang menarik. Antara kenderaan yang gemar kami gunakan  ialah Prism Tank milik tentera bersekutu. Kereta kebal ini memancarkan laser berkuasa tinggi  untuk memusnahkan musuh.  Pihak tentera Amerika Syarikat kini mempunyai HEL MD ataupun nama penuhnya High Energy Laser Mobile Demonstrator yang mempunyai kemampuan hampir serupa dengan sebuah Prism Tank

prism_tank_by_ravenrender-d31xlws

Penggunaan laser sebagai senjata bukanlah perkara baru dah sudah dibangunkan sejak 1980an melalui Projek Star Wars. Secara teori satelit berkuasa laser akan mempertahakan Amerika Syarikat dari serangan misil balistik antara benua Soviet. Projek ini dibatalkan dan sistem senjata laser hanya dihidupkan semula dengan Boeing YAL-1 iaitu pesawat Jumbo dengan rudal laser pada bahagian hidungnya. Beberapa percubaan dilakukan dengan berjayanya dan kini pembangunan senjata laser untuk angkatan udara, laut dan darat dilakukan dengan pesat. Laser dipilih kerana ianya dapat menangkis serangan musuh dengan sepantas kilat,

HEL MD ialah sistem laser khas untuk tentera darat. Tugas utamanya ialah mematahkan serangan mortar, artileri dan bom ke atas tentera infantri dan kalvari bermotor. Ia dilengkapi laser berkuasa 10 KW dan sudah berjaya menangkis 90 serangan mortal dan menembak jatuh sebuah UAV di dalam beberapa ujian dijalankan. Apakah perbezaan kuasa di antara laser yang digunakan HEL MD dengan pena laser yang mungkin ada anda miliki? Kuasa sebuah pena laser berwarna hijau ialah sekitar 5 mW. Ini bermkana kuasa laser HEL MD ialah 2 000 000 kali ganda lebih berkuasa dari pena laser anda!

HEL_TD_TRUCKHEL MD hanyalah sebuah prototaip. Pihak tentera Amerika Syarikat mahukan senjata laser dengan output 100 kilowatt pada masa hadapan.  Prism Tank sudah semakin hampir menjadi kenyataan. Apa yang kami mahukan sekarang ialah untuk kapal udara Kirov pula menjadi realiti.

Sumber Army

 

 

Komen