Cari @ Amanz

Kejayaan di dalam dunia teknologi kerap dipadankan dengan pemilikan kenderaan mewah berkuasa tinggi. Ketika kegilaan Dot Com pada awal dekad yang lalu, berlaku kekurangan stock yang mendadak di bilik pameran Porche Silicon Valley kerana hampir kesemua jutawan internet membeli kereta mewah ini. Sungguhpun kereta mewah seperti Porsche dan Ferrari mampu memecut dengan pantas ianya masih gagal memenuhi keperluan teknokrat. Kekurangan paling ketara ialah kesemua kenderaan mewah ini tidak dilengkapi sistem teknologi maklumat terbaik di pasaran. Jadi sekiranya anda Mark Zuckerberg, anda tidak boleh bekerja dengan selesa ketika di dalam kereta.

brabus-ibusiness-800_horsepower-supercar

Brabus 800 iBusiness ingin mengisi kekosongan pasaran kereta mewah dengan kelengkapan IT terbaik. Kenderaan tahan lasak 4×4 ini diubah suai dari sebuah Mercedes G Wagon. Bahagian penumpang dilengkapi dengan Mac Mini dengan skrin 15.6″ pada bahagian bumbung. Turut disertakan ialah Apple TV, dok untuk iPad, iPod serta iPhone. Sekiranya anda seorang teknokrat yang mahukan kereta berkuasa tinggi dengan kelengkapan IT paling canggih, kenderaan ini mungkin dapat memenuhi keperluan anda.

brabus-ibusiness-800_horsepower-supercar-3

brabus-ibusiness-800_horsepower-supercar-43

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd