Cari @ Amanz

Google LogoAkhir-akhir ini, sokongan pembelajaran atas-talian mendapat perhatian ramai pengguna internet seluruh dunia, dan dalam memudahkannya, kini Google hadir dengan sebuah projek sumber terbuka mereka tersendiri, dinamakan sebagai Oppia.

Oppia bukan sekadar platform pembelajaran untuk mempersembahkan kandungan semata-mata, tetapi turut hadir dengan beberapa penambahan yang lain. Google mengatakan ia turut membolehkan data dikumpulkan berkaitan bagaimana pengguna menggunakan dan berinteraksi dengan platform tersebut – sekaligus membolehkan penulis dan penyumbang kandungan menambah-baik penawaran mereka.

Oppia dibangunkan menggunakan Python dan AngularJS, serta dijana menggunakan Google App Engine. Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Oppia dan menggunakannya dalam pembangunan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd