Cari @ Amanz

Pada bulan September yang lepas, pihak Acer telah memperkenalkan salah satu telefon pintar baru mereka, dinamakan sebagai Acer Liquid S2. Kini, ia dilihat telefon tersebut telah pun mula ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Acer Liquid S2

Acer Liquid S2 membawakan cip pemprosesan Snapdragon 800 2.2Ghz, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, skrin bersaiz 6-inci dan dilengkapi sokongan LTE. Dari segi bateri, telefon pintar ini membawakan bateri berkapasiti 3300mAh.

Acer dilihat menyertakan beberapa fungsi popular mereka, selain turut menawarkan sokongan tambahan untuk kamera – termasuk Quick First Shot untuk merakamkan gambar dengan pantas, dan juga sokongan rakaman video dalam bentuk 4K.

Di Malaysia, telefon pintar ini akan ditawarkan bermula Mac ini pada harga jualan saranan RM1899.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd