Sony Memperlihatkan Konsep Kaca Mata Pintar – SmartEyeGlass

Sony Memperlihatkan Konsep Kaca Mata Pintar – SmartEyeGlass

Diterbitkan pada Feb 28, 2014 oleh .

Selain daripada jam tangan pintar, satu lagi trend yang turut menjadi perhatian ramai pengeluar akhir-akhir ini adalah kaca-mata pintar. Bersempena dengan Mobile World Congress, pihak Sony turut mencuri perhatian dengan memperlihatkan konsep Sony SmartEyeGlass mereka.

Daripada apa yang diperlihatkan, Sony SmartEyeGlass ini memudahkan mereka dari satu lokasi ke lokasi yang lain dengan bantuan navigasi terbina.

Ia turut dilihat yang mana pihak Sony menggunakan sebuah touchpad khas untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan SmartEyeGlass.

Pihak Sony turut mengatakan melalui kaca mata pintar ini, ia akan membolehkan pengguna membaca mesej mereka, dan melihat beberapa notifikasi lain, termasuk merakamkan gambar menggunakannya.

Sony turut mengatakan mereka sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan SDK untuk SmartEyeGlass ini, sekaligus akan membolehkan para pembangun untuk membangunkan aplikasi khusus untuknya.


TIPS & ULASAN