Klien WeChat Untuk Mac OS X Sedia Untuk Dimuat-Turun

Klien WeChat Untuk Mac OS X Sedia Untuk Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Feb 28, 2014 oleh .

WeChat Mac OS XWeChat merupakan salah satu aplikasi permesejan yang popular dan mempunyai angka pengguna tinggi di rantau ini. Kini, selain daripada aplikasi mudah-alih, pihak WeChat dilihat turut memperkenalkan sebuah klien desktop khusus untuk pengguna Mac OS X.

Melalui pengenalan klien untuk OS X ini, ia membolehkan pengguna mengikuti perbualan mereka dengan rakan-rakan mereka pada pelbagai platform, dan memudahkan mereka membalasnya pada bila-bila masa.

Apa pun, untuk menggunakan ia pada Mac, pengguna perlulah menjalankan OS X 10.7. WeChat masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan sokongan untuk klien Windows buat masa ini.

Muat-Turun WeChat untuk OS X


TIPS & ULASAN