Cari @ Amanz

Pada Mobile World Congress, Nokia dan BlackBerry telah mengumumkan yang mana perkhidmatan permesejan BBM akan hadir ke Windows Phone dan juga keluarga telefon baru mereka – Nokia X.

Dan bercakap mengenai sokongan untuk keluarga Nokia Asha, pihak BlackBerry dilihat mengatakan mereka ingin menyokong perkhidmatan permesejan mereka pada seberapa banyak platform yang boleh. Namun, tiada sebarang komen dikeluarkan berkaitan khusus untuk Asha.

Mungkin dengan kerjasama rapat antara Nokia dan juga BlackBerry ini, tidak mustahil untuk kita lihat BBM hadir pada Asha – yang mana merupakan salah satu platform yang digunakan dengan meluas di seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd