(MWC 2014) Sony SmartBand

(MWC 2014) Sony SmartBand

Diterbitkan pada Mac 1, 2014 oleh .

Sony SmartBand

Selain memperkenalkan telefon pintar Sony Xperia Z2 dan juga tablet mereka, pihak Sony turut sama memperkenalkan peranti boleh-pakai daripada mereka yang mana membolehkan pengguna merekodkan pelbagai aktiviti harian dan melihat data tersebut dipersembahkan dalam bentuk yang menarik pada aplikasi Sony Lifelog.

SmartBand menggunakan Core yang pernah diperlihatkan Sony pada CES 2014 awal Januari lepas, dimana ia hadir dengan pilihan pelbagai warna aksesori berbentuk gelang tangan dan pengguna boleh mengubahnya mengikut kegemaran mereka.

Sony turut mengatakan ia hadir dengan sokongan kalis air (IP58), sekaligus membolehkan pengguna menggunakannya dalam pelbagai jenis situasi tanpa sebarang masalah.

Untuk menghubungkan ia kepada peranti seperti telefon pintar, SmartBand menggunakan sokongan Bluetooth dan NFC, dan menyokong jarak sehingga 10 meter daripada telefon pintar anda.

Sony SmartBand ini juga turut membolehkan pengguna mengikuti pelbagai aktiviti lain, termasuk notifikasi daripada telefon seperti panggilan, mesej, Tweet dan sebagainya – dimana SmartBand akan bergegar apabila anda menerima sesuatu notifikasi. SmartBand turut boleh digunakan untuk mengawal lagu pada aplikasi Walkman.

Sony mengatakan SmartBand dan aplikasi Lifelog akan ditawarkan di seluruh dunia bermula bulan Mac 2014 kelak.


TIPS & ULASAN