(MWC 2014) Kereta Pemanduan Automatik Daripada Ford

(MWC 2014) Kereta Pemanduan Automatik Daripada Ford

Diterbitkan pada Mac 1, 2014 oleh .

Dengan perkembangan teknologi secara sihat, salah satu sektor yang turut menerima kesan positifnya adalah industri automotif. Pelbagai pengeluar telah menyatakan hasrat, termasuk memperlihatkan kereta prototaip untuk pemanduan automatik mereka sebelum ini.

Ia termasuk pihak Ford yang pernah mempertontonkan kereta pemanduan automatik mereka pada bulan Disember yang lepas. Di MWC 2014, pihak Ford turut mengambil peluang untuk memperlihatkan kereta pemanduan automatik mereka kepada para pengunjung acara berkenaan.

Menurut Ford, ia menggunakan teknologi Lidar (Light Detection & Ranging) yang terletak pada bahagian atas kereta berkenaan, dan sentiasa berputar dalam mengetahui keadaan sekeliling sekitar 70 meter daripadanya.

Data yang dikumpulkan melaluinya dikatakan boleh mengesan kenderaan, pejalan kaki, mahupun binatang di sekeliling kenderaan tersebut. Penggunaan teknologi ini dikatakan boleh membuat pengiraan dan mengimbas sehingga 2.5 juta kali sesaat.

Menurut Ford, melalui penggunaan teknologi pemanduan automatik, pengguna dijalan raya akan lebih selamat, disamping mengurangkan kesesakkan lalu-lintas dan pada masa yang sama mengurangkan impak ke atas persekitaran.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat pembangunan, dan mungkin kita akan dapat melihat ia di atas jalan raya pada dekad akan datang.


TIPS & ULASAN