(MWC 2014) Asus Padfone Mini

(MWC 2014) Asus Padfone Mini

Diterbitkan pada Mac 1, 2014 oleh .

Asus Padfone Mini
Pemproses Intel Atom Z2560
RAM 1GB
Muatan Dalaman 16GB
Kamera 8-megapixel, 2-Megapixel Depan
Skrin 4.3-inci 540×960 pixel
Padfone Station 7-inci 800×1280 pixel, 2200mAh
Bateri 1200 mAh

Keluarga Asus Padfone bukanlah sesuatu yang baru, dimana peranti yang mengabungkan tablet dan telefon pintar ini telah mendapat sambutan sejak ia diperkenalkan. Terkini, pada tahun ini pihak Asus telah memperkenalkan variasi tablet atau Padfone Station bersaiz kecil melalui Asus Padfone Mini.

Asus Padfone Mini merupakan peranti hibrid yang mengabungkan telefon pintar bersaiz 4.3-inci kepada sebuah tablet (Padfone Station) yang bersaiz 7-inci. Segala cip pemprosesan, kamera dan sebagainya terdapat pada bahagian telefon pintar, dan Padfone Station berfungsi untuk dock telefon berkenaan, disamping menawarkan masa penggunaan bateri tambahan.

Daripada percubaan kami, ia hanya mengambil masa beberapa saat sahaja sebelum sistem dimuat-kan dalam bentuk tablet atau telefon pintar. Paparan pada kedua-dua saiz juga amat baik, tanpa sebarang masalah.

Penggunaan kami juga tidak memperlihatkan sebarang lengah masa penggunaan, dan boleh dikatakan ia bersesuaian dengan mereka yang inginkan Padfone pada saiz kecil – berbanding 10-inci yang menjadi kebiasaan sebelum ini.

Buat masa ini, Asus hanya sekadar mengatakan Padfone Mini akan hadir pada suku pertama 2014 ini. Sebelum ini Asus Padfone Mini telah disenaraikan pada katalog Asus, memperlihatkan tanda harga sebanyak RM1249 – yang mana boleh dikatakan agak berbaloi bagi mereka yang meminati peranti berbentuk hibrid ini.


TIPS & ULASAN