(MWC 2014) Berus Gigi Pintar Oral-B

(MWC 2014) Berus Gigi Pintar Oral-B

Diterbitkan pada Mac 1, 2014 oleh .

Oral-B bersempena dengan Mobile World Congress 2014, mereka telah memperlihatkan berus gigi pintar mereka, dimana berus gigi elektronik Oral-B SmartSeries tersebut boleh dihubungkan ke telefon pintar anda menggunakan sokongan Bluetooth.

Berus gigi pintar ini menekankan kepada nasihat pakar dalam membuatkan pengguna berus gigi mereka selama dua minit untuk setiap sesi, sekaligus memberikan petunjuk kepada pengguna berkenaan dengan bagaimana mereka memberus gigi mereka.

Amaran juga turut diperlihatkan apabila pengguna memberus gigi dengan tekanan yang tinggi – sekaligus membahayakan gigi anda.

Aplikasi yang disediakan Oral-B juga memaparkan pelbagai graf berkenaan bagaimana pengguna memberus gigi masing-masing – dalam bentuk graf interaktif.

Menurut Oral-B, mereka boleh turut memperlihatkan graf tersebut kepada doktor gigi mereka, selain menambah beberapa arahan tambahan pada aplikasi berkenaan – selari dengan arahan dan saranan yang diberikan doktor gigi. Pengguna juga turut disediakan dengan beberapa lencana pencapaian – lebih kurang seperti aplikasi FourSquare.

Pada aplikasi yang sama juga, pihak Oral-B mengintegrasikan beberapa perkara lain, termasuk beberapa tips penjagaan gigi, serta pengguna turut boleh mengikuti berita harian ketika melalui proses memberus gigi mereka.

Oral-B SmartSeries ini bakal mula dijual bermula di Jerman pada bulan Mei ini, dan diperluaskan ke beberapa negara lain secara berperingkat selepas itu. Tarikh pasti ia akan dipasarkan di rantau Asia masih tidak dikongsikan lagi.


TIPS & ULASAN