Cari @ Amanz

Pada penghujung tahun lepas, pihak Samsung telah memperkenalkan telefon pintar Samsung Galaxy Grand 2 – yang mana merupakan kemaskini kepada keluarga Galaxy Grand dan juga Grand Quattro sebelum ini. Kini, selang beberapa bulan, telefon pintar tersebut dilihat telah mula dijual di Malaysia.

Galaxy Grand 2

Galaxy Grand 2 merupakan telefon pintar dengan spesifikasi pertengahan daripada Samsung, dan ditujukan kepada mereka yang inginkan peranti pada saiz 5.25-inci pada harga yang agak rendah berbanding Galaxy Note atau Galaxy S.

Dari segi spesifikasi, Galaxy Grand 2 membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.2GHz, memori 1.5GB RAM, kamera 8-megapixel pada bahagian belakang, ruangan storan 8GB, bateri berkapasiti 2600mAh dan juga menjalankan sistem operasi Android 4.3 Jelly Bean serta antaramuka TouchWiz.

Telefon pintar yang menyokong dwi-SIM ini dilihat turut menggunakan rekaan kerangka belakang yang ala-ala kulit – lebih kurang sama seperti beberapa peranti Samsung yang baru.

Di Malaysia, Galaxy Grand 2 ini dijual pada harga RM1199, dan ditawarkan dalam pilihan warna putih dan juga hitam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd