Pada tahun lepas, pihak Valve telah mengumumkan fungsi baru untuk pengguna berkongsi permainan mereka dengan keluarga melalui Steam, dinamakan Steam Family Sharing. Kini, fungsi tersebut dilihat telah diaktifkan untuk semua pengguna Valve di seluruh dunia.
Melalui fungsi ini, pengguna boleh memberi kebenaran kepada pengguna lain dalam mengakses permainan yang telah dibeli oleh mereka – sekaligus membolehkan seseorang pengguna berkongsi permainan milik mereka dengan mudah.
Apa pun, sesuatu permainan boleh diberi kebenaran untuk diakses sehingga ke 10 peranti berbeza sahaja, dan hanya seorang sahaja yang boleh memainkannya pada sesuatu masa.
Bagi anda yang aktif menggunakan Steam, boleh ke laman Steam Family Sharing hari ini dan mengetahui lebih lanjut bagaimana anda ingin berkongsi sesuatu permainan itu dengan ahli keluarga anda yang lain.
- Info
- Layari : Steam Family Sharing