Asus VivoPC Bakal Hadir Ke Malaysia Pada Suku Kedua 2014

Asus VivoPC Bakal Hadir Ke Malaysia Pada Suku Kedua 2014

Diterbitkan pada Mac 2, 2014 oleh .

Asus pada tahun lepas telah memperkenalkan salah satu komputer berbentuk kompak, dinamakan sebagai Asus VivoPC. Kini, ia dilihat akan hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi, dimana pihak Asus mensasarkan tarikh sekitar Mei atau Jun untuk ia dijual di pasaran Malaysia.

Asus VivoPC

Namun, model Asus VivoPC yang manakah bakal memasuki pasaran tempatan masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Terdapat dua model yang diperkenalkan sebelum ini, iaitu yang menggunakan cip Intel Celeron dan juga satu lagi dalam pilihan Intel Core.

Asus VivoPC ditujukan kepada mereka yang inginkan komputer bersaiz mini, sekaligus menggunakan ruangan yang amat sedikit berbanding desktop tradisional. Asus turut menjanjikan kelajuan sambungan internet yang pantas menggunakannya, disamping sokongan audio yang baik.

Harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini, dan mungkin lebih banyak maklumat berkaitan dengannya akan diketahui apabila mendekati tarikh pengenalan VivoPC untuk pasaran tempatan kelak.


TIPS & ULASAN