GitHub Hadir Dengan Perisian Penyunting Teks – Atom

GitHub Hadir Dengan Perisian Penyunting Teks – Atom

Diterbitkan pada Mac 2, 2014 oleh .

AtomGitHub baru-baru ini telah melancarkan salah satu aplikasi penyunting teks dan juga persekitaran pembangunan bersepadu (integrated development environment) yang dinamakan sebagai Atom. Ia menggunakan lesen sumber terbuka, dan buat masa ini memerlukan jemputan untuk menggunakannya.

Atom dilihat memfokuskan kepada keselesaan dan juga pengalaman penggunaan – lebih kurang sama seperti Sublime dan juga Textmate. Pada masa yang sama, ia turut menawarkan fleksibiliti seperti mana yang terdapat pada Emacs dan juga Vim pada Atom ini.

Matlamat utama Atom ialah untuk menjadi salah satu aplikasi penulisan kod yang mudah untuk digunakan oleh para pengaturcara baru, serta membawakan antaramuka yang mesra pengguna. Ia turut menawarkan kebebasan pengubahsuaian untuk pengaturcara yang berpengalaman.

Pasukan Atom turut menyatakan bahawa mereka melesenkan lebih daripada 80 libraries dan packages yang digunakan pada Atom dengan lesen sumber terbuka, termasuk antaranya sokongan Vim untuk Atom, sokongan markdown, dan beberapa yang lain.A tom turut membawakan integrasi dengan persekitaran NodeJS untuk pembangunan.

Bagi mereka yang berminat mencubanya, mungkin boleh melayari laman Atom hari ini – dan mengetahui maklumat lanjug mengenai perisian terbaru daripada GitHub ini.

Layari : Laman Atom

Layari : Repo Atom di GitHub


TIPS & ULASAN