Cari @ Amanz

Melalui laman Amanz Forum, ramai pembaca berkongsi mengenai pelbagai topik-topik menarik – dari segi soalan, perkongsian tips, dan sebagainya. Berikut merupakan antara topik yang menarik untuk diikuti sepanjang minggu lepas.

Cara Memasang OSX Mavericks 10.9 pada komputer dengan Niresh

Bagi anda yang berminat untuk menggunakan OSX, dan ingin mencuba terlebih dahulu sebelum membuat pembelian Mac, mungkin boleh mencuba tutorial ringkas ini yang dikongsikan oleh Cookies Monster atas tujuan pembelajaran.

Jadikan Telefon Android anda Seperti Nokia X

Dengan pengenalan Nokia X – telefon berasaskan Android oleh Nokia, ada beberapa pengguna yang berminat dengan beberapa aplikasi dan elemen yang dibawakan olehnya. Salah seorang pembangun tempatan – Levered telah berkongsi beberapa aplikasi, gambar latar dan sebagainya daripada Nokia X bersama-sama pembaca lain.

Ramalan Harga Nokia X, Nokia X+ dan Nokia XL

Pengenalan Nokia X pada minggu lepas, termasuk jemputan Nokia untuk acara pengenalan Nokia X di Malaysia membuatkan ramai pengguna tidak sabar menantikan peranti tersebut muncul di Malaysia.

Perkara ini sekaligus membawa kepada ramalan dan jangkaan harga jualan peranti tersebut di Malaysia. Adakah mungkin harga akhirnya seperti yang diramalkan Feel?

Cadangan Telefon Pintar Dibawah Harga RM800

Telefon pintar dengan spesifikasi pertengahan telah menjadi salah satu fokus utama para pengeluar peranti akhir-akhir ini.

Perkara ini sekaligus mungkin menyukarkan proses untuk anda membuat pilihan peranti yang tepat dan sebagainya. Jangan lupa kongsikan pendapat anda berkenaan peranti yang berbaloi pada harga bawah RM800 bersama-sama AemanAmin.

Cara Untuk Mengubah Pemacu Kilat USB Menjadi RAM

Dengan penggunaan memori yang meningkat dari hari ke hari, semestinya ramai yang ingin menambah Ingatan Capaian Rawak (RAM) pada komputer mereka, dan Cookies Monster berkongsi beberapa langkah ringkas dalam mengubah USB kepada RAM.


Lain-lain topik yang menarik termasuk penggunaan Oppo Launcher pada peranti Android anda, dan perbincangan mengenai kelebihan Windows Phone berbanding Android serta perkongsian mengenai Elementary OS.

  • Info
  • Mereka yang memulakan lima topik pilihan diatas boleh menghubungi kami melalui [email protected] untuk mendapatkan hadiah yang tidak berapa misteri
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd