Aplikasi Telegram Hadir Ke BlackBerry 10 – Daripada Pembangun Pihak Ketiga

Aplikasi Telegram Hadir Ke BlackBerry 10 – Daripada Pembangun Pihak Ketiga

Diterbitkan pada Mac 3, 2014 oleh .

Sejak pengumuman pengambil-alihan WhatsApp oleh Facebook, beberapa aplikasi lain menerima kesan positif dari segi angka pengguna, dan salah satunya adalah Telegram. Pengguna BlackBerry sedia boleh menggunakan aplikasi Telegram versi Android pada peranti mereka, dan kini seorang pembangun bebas hadir dengan versi port untuk pengguna BlackBerry 10.

Aplikasi yang hadir ke BlackBerry World ini bukanlah aplikasi berbentuk natif, sebaliknya merupakan pengubahsuaian daripada versi Android.

Telegram Blackberry 10

Daripada percubaan kami, aplikasi Telegram ini berfungsi tanpa sebarang masalah, termasuk pendaftaran menggunakannya juga amat pantas – lebih kurang sama seperti pada iOS dan juga Android.

Bagi pengguna BlackBerry 10 yang ingin menggunakan aplikasi Telegram untuk kekal berinteraksi dengan rakan-rakan anda, mungkin boleh memuat-turunnya secara percuma daripada BlackBerry World hari ini.

Muat-Turun Telegram untuk BlackBerry


TIPS & ULASAN