Video HTC M8 Tertiris – Memperlihatkan Bahagian Kamera, Dan HTC Sense 6.0

Video HTC M8 Tertiris – Memperlihatkan Bahagian Kamera, Dan HTC Sense 6.0

Diterbitkan pada Mac 3, 2014 oleh .

Sebelum ini, beberapa gambar untuk HTC M8 telah tertiris, dan hari ini sebuah video ulasan selama 12 minit tertiris, memperlihatkan beberapa perkara baru yang disertakan bersama-sama peranti berkenaan.

Seperti semua sedia maklum, ia menyertakan sokongan dwi-kamera pada bahagian belakang, disamping dilengkapi HTC Sense 6.0.

HTC One M8

HTC One M8

HTC One M8

Bahagian aplikasi kamera dilihat telah diberikan pelbagai perubahan, termasuk dari segi paparan aplikasi berkenaan. Pada masa yang sama, peranti ini turut dilihat menyertakan sokongan kad-SD bersama-sama dengannya untuk penambahan ruangan storan.

Selain daripada itu, apakah fungsi lain yang turut dibawakan oleh peranti ini masih tidak diketahui sepenuhnya. Malah peranti yang digunakan dilihat masih tidak menggunakan versi akhir perisian HTC Sense 6.0.


TIPS & ULASAN