Cari @ Amanz

Lumia Black 720Bermula semalam, ia dilihat pengguna Nokia Lumia 720 di Malaysia telah mula menerima kemaskini Windows Phone baru daripada Nokia dinamakan sebagai kemaskini Lumia Black. Kemaskini ini hadir selepas pengenalan Lumia Black untuk beberapa peranti lain, termasuk Lumia 920, Lumia 520 dan sebagainya.

Antara perkara baru yang dibawakan pada Lumia 720 melalui kemaskini ini termasuklah sokongan Nokia Glance Screen 2.0, sokongan Bluetooth 4.0, dwi-tap untuk mengakses peranti, dan beberapa penambah-baikkan yang lain. Aplikasi seperti Nokia Beamer tidak disokong disebabkan kekangan memori pada peranti ini.

Untuk pengguna Lumia 720, anda boleh ke halaman Settings dan memilih Phone Update pada peranti anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd