Cari @ Amanz

MacBook bagi sesetengah manusia adalah komputer riba terbaik yang boleh anda miliki di dunia yang fana ini. Di pejabat Amanz ada beberapa penulis yang namanya dirahsiakan cuba mentarbiah supaya semua warga editorial berhijrah ke platform Mac. Sama ada adan sukakan Mac atau tidak dalah tidak boleh disangkal bahawa komputer riba Apple ini mempunyai rekaan yang bukan sahaja cantik malahan kemas. Jadi apabila anda mempunyai komputer riba yang direka dengan kemasan yang baik aksesori yang disambungkan juga haruslah mempunyai kualiti binaan yang sama.

Nifty MiniDrive ialah sistem penambahan muatan dalaman MacBook yang direka untuk kelihatan serasi dengan rekaan komputer riba anda. Ia diperbuat dari aluminium dan dimasukkan ke dalam slot pembaca kad SD. Kad MikroSD dimasukkan ke dalam MiniDrive sebagai penyimpanan data dan apabila dipasang ianya tidak akan terjojol keluar seperti kad SD biasa. Dengan adanya kad MikroSD Sandisk sebesar 128 GB, kami rasakan MiniDrive memang boleh menjadi medium penyimpanan data mudah alih paling elegan untuk MacBook.

nifty-minidrive-4

nifty-minidrive-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd