Gambar Samsung Chromebook 2 Dengan Kerangka ‘Faux-Leather’ Tertiris Ke Arena Web

Gambar Samsung Chromebook 2 Dengan Kerangka ‘Faux-Leather’ Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Mac 3, 2014 oleh .

Samsung merupakan salah satu pengeluar terpenting bagi peranti Chromebook melalui Chromebook Series 5 yang diperkenalkan sebelum ini. Kini, Samsung dikatakan sedang membangunkan Chromebook generasi seterusnya dan gambar peranti yang dikenali sebagai Samsung Chromebook 2 telah tertiris ke arena web.

Samsung Chromebook 2

Gambar yang dikongsikan melalui Twitter @evleaks telah memperlihatkan rekaan kulit dengan faux-leather bakal hadir pada Samsung Chromebook 2 kelak. Sebelum ini, peranti Chromebook daripada Samsung telah membawakan rekabentuk aluminium melalui Samsung Series 5.

Rekaan faux-leather telah sedia terkenal melalui peranti Galaxy Note 3 yang diperkenalkan Samsung pada September 2013 dan kini dilihat Samsung terus ingin mengimplementasikannya pada peranti Chromebook selain dikatakan peranti ATIV Book 9 generasi akan datang juga bakal membawakan rekabentuk seperti ini.

Namun begitu, tiada sebarang info lanjut mengenai spesifikasi, harga, dan tarikh pelancaran mengenai Samsung Chromebook 2 tertiris setakat ini.


TIPS & ULASAN