Apple Memperkenalkan CarPlay – Sistem Yang Dioptimasikan Untuk Kereta

Apple Memperkenalkan CarPlay – Sistem Yang Dioptimasikan Untuk Kereta

Diterbitkan pada Mac 3, 2014 oleh .

Apple hari ini secara rasminya memperkenalkan CarPlay, yang mana merupakan sistem operasi iOS mereka ke dashboard kereta, sekaligus memudahkan integrasi iPhone pada sistem inforia di kereta.

Apple CarPlay ini akan disokong bermula daripada beberapa kereta keluaran Ferrari, Mercedes-Benz dan juga Volvo. Beberapa nama lain turut dijangka akan memperkenalkan integrasinya, termasuk Nissan, Toyota, Honda, Hyundai, BMW dan beberapa yang lain.

Apple CarPlay

Apple CarPlay

Buat masa ini, untuk menggunakan CarPlay, pengguna memerlukan telefon iPhone dengan sokongan kabel Lightning dan menjalankan sistem operasi iOS 7 yang terkini.

Menggunakannya, pengguna boleh membuat pelbagai kawalan melalui arahan suara, mahupun mengikuti pelbagai notifikasi semasa untuk anda. Beberapa aplikasi pihak ketiga turut disertakan sokongan, dan antaranya adalah Spotify dan juga Rdio.

Layari : Apple Carplay


TIPS & ULASAN