SanDisk Ultra Dual USB Drive Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM55

SanDisk Ultra Dual USB Drive Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM55

Diterbitkan pada Mac 3, 2014 oleh .

Sebelum ini, kami pernah berkongsi berkenaan dengan sebuah storan mudah-alih daripada SanDisk yang membawakan gabungan sambungan mikro-USB dan juga USB2.0, dinamakan sebagai SanDisk Ultra Dual USB Drive. Kini, gajet berkenaan dilihat telah mula ditawarkan di Malaysia.

SanDisk Ultra Dual USB Drive ini direkabentuk untuk pengguna telefon pintar dan tablet Android, dimana mereka boleh memindahkan kandungan seperti gambar dan video dengan mudah – dan menyimpannya pada storan tersebut atau menggunakannya dalam memindahkan ia ke peranti atau komputer lain.

Untuk memudahkan proses berkenaan juga, pihak SanDisk menawarkan sebuah aplikasi khas dinamakan SanDisk Memory Zone – yang mana berfungsi untuk memudahkan pengurusan memori dan fail pada peranti.

SanDisk Ultra Dual USB Drive ini ditawarkan di Malaysia dalam bentuk pilihan storan antara 16GB ke 64GB, dimana harga jualan saranannya bermula antara RM55 ke RM155 – berdasarkan kepada ruangan storan yang dipilih.

Selain itu, pihak SanDisk turut mengumumkan SanDisk Extreme Pro USB 3.0 untuk pasaran Malaysia, dimana storan mudah-alih dengan ruangan sebesar 128GB tersebut dijual pada harga saranan RM699 di Malaysia.


TIPS & ULASAN