Telefon Dwi-Boot Windows Phone Dan Android Akan Hadir Daripada Karbonn

Telefon Dwi-Boot Windows Phone Dan Android Akan Hadir Daripada Karbonn

Diterbitkan pada Mac 3, 2014 oleh .

Beberapa pengeluar seperti Asus telah mula menyertakan sokongan dwi-boot pada komputer mereka untuk menjalankan Android dan juga Windows. Tetapi bagaimana pula untuk telefon pintar?

Kini dilihat, salah satu syarikat pengeluar peranti di India, iaitu Karbonn Mobiles merancang untuk mengeluarkan telefon pintar yang menyokong Android dan juga Windows Phone pada pertengahan kedua 2014 ini.

Bagaimanakah rekabentuk peranti tersebut kelak masih tidak diketahui lagi, dan berkemungkinan ia akan hanya menyasarkan pasaran India sahaja untuk permulaan.

Sebelum ini, beberapa kali ia telah dikatakan yang mana Microsoft terbuka untuk berbincang dengan idea dwi-boot untuk telefon pintar – sekaligus memperluaskan pasaran pengguna mereka. Melalui kemaskini akan datang, ia dilihat Windows Phone akan menyokong butang atas-skrin sekaligus memudahkan lagi proses ini dicapai oleh pengeluar peranti.

Apa pun, sama-sama kita nantikan bagaimanakah peranti daripada Karbonn ini akan berfungsi, dan sama ada ia berguna ataupun tidak untuk dwi-boot sistem operasi pada peranti mudah-alih.


TIPS & ULASAN