(Spekulasi) Adakah Oppo Find 7 Akan Menyertakan Kamera 50-Megapixel?

(Spekulasi) Adakah Oppo Find 7 Akan Menyertakan Kamera 50-Megapixel?

Diterbitkan pada Mac 3, 2014 oleh .

Kamera pada peranti mudah-alih kini merupakan salah satu faktor utama dalam pemilihan oleh para pengguna, dan terdapat beberapa pengeluar yang menawarkan sensor besar bersama-sama telefon mereka. Kini, mengikut spekulasi awal, ia dikatakan berkemungkinan Oppo Find 7 bakal menyertakan kamera 50-megapixel bersama-sama dengannya.

Oppo Find 7 merupakan salah satu telefon pintar yang akan hadir daripada Oppo, dan dijangka akan diumumkan sekitar pertengahan Mac kelak.

Menariknya, kini melalui sebuah gambar yang dimuat-naik ke Weibo, ia dilihat menyertakan resolusi 8160×6120 pixel, serta menyatakan kamera yang digunakan adalah Oppo Find 7.

Ia tidak diketahui lagi berkenaan kesahihan perkara ini buat masa ini, dan berkemungkinan pihak Oppo turut menyertakan beberapa teknologi oversampling seperti pada Lumia PureView.

Oppo sebelum ini telah hadir dengan peranti yang menawarkan kamera boleh dipusingkan, dan tidak mustahil untuk mereka menawarkan sesuatu yang baru melalui kamera pada peranti baru mereka.

Mungkinkah mereka akan menyertakan sensor 50-megapixel pada peranti baru mereka?


TIPS & ULASAN