Apple telah memperkenalkan sokongan integrasi iOS pada sistem inforia kereta awal hari ini, dan terkini ia dilihat pihak Volvo telah menerbitkan sebuah video khas di saluran YouTube mereka, sekaligus memperlihatkan bagaimanakah sistem ini berfungsi.
Apple CarPlay membolehkan pengguan menghubungkan telefon iPhone mereka ke sistem inforia, dan menggunakan beberapa sokongan seperti kawalan berasaskan arahan suara, menggunakan aplikasi seperti Spotify, Apple Maps dan sebagainya.
Buat masa ini, untuk berfungsi, Apple CarPlay memerlukan hubungan berasaskan kabel Lightning. Menurut Volvo, sokongan sambungan tanpa wayar akan hadir tidak lama lagi – sekaligus memberikan idea yang mana lebih banyak peranti akan disokong pada masa akan datang.