Samsung Memperkenalkan Siri Komputer Chromebook 2 Dengan Rekaan Yang Lebih Menarik

Samsung Memperkenalkan Siri Komputer Chromebook 2 Dengan Rekaan Yang Lebih Menarik

Diterbitkan pada Mac 4, 2014 oleh .

Samsung sedia menggunakan rekaan faux-leather untuk kerangka beberapa telefon pintar dan tablet mereka, dan kini rekaan yang sama turut hadir pada siri komputer riba berasaskan Chrome OS yang terbaru daripada gergasi Korea Selatan berkenaan, Chromebook 2.

Samsung Chromebook 2

Sebanyak dua model telah diumumkan buat masa ini, dimana hadir dalam variasi bersaiz 11.6-inci dan juga 13.3-inci.

Variasi Chromebook 2 bersaiz 13.3-inci dilihat menyertakan sokongan paparan HD penuh (1920×1080 pixel), dan menyertakan cip pemprosesan berasaskan ARM pada kepantasan 2.1GHz. Variasi bersaiz 11.6-inci pula dilihat hanya menyertakan paparan dengan resolusi 1366×768 pixel, selain menggunakan cip pemprosesan Exynos 5 Octa 1.9Ghz.

Kedua-duanya turut dilengkapi dengan memori 4GB RAM dan ruangan storan sebesar 16GB. Ia turut hadir dengan kamera hadapan untuk sokongan panggilan video, dan masa penggunaan sepanjang lebih kurang 8 jam.

Buat masa ini, ia hanya sekadar diumumkan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja, dan tidak diketahui sama ada akan hadir ke pasaran tempatan ataupun tidak.

Di Malaysia, bercakap mengenai Chromebook, hanya kompter riba daripada Samsung sahaja ditawarkan buat masa ini, dan tiada pengeluar lain yang menawarkan komputer riba dengan Chrome OS mereka untuk pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN