Eterni.Me : Laman Sosial Membolehkan Anda Hidup Kekal Abadi

Eterni.Me : Laman Sosial Membolehkan Anda Hidup Kekal Abadi

Diterbitkan pada Mac 4, 2014 oleh .

Hidup kekal abadi ialah impian manusia sejak ribuan tahun. Firaun Mesir mengawet tubuh mereka selepas mati bagi memastikan jasad mereka akan kekal abadi sehingga akhir zaman. Di China pula Maharaja Qin Shin Huang Di meninggal dunia ketika mencari jamu rahsia yang mampu memberikan beliau kehidupan abadi. Dalam Al Quran kita ada mendengar kisah Ashabul Kahfi dimana beberapa pemuda tidur selama ratusan tahun. Realitinya teknologi untuk manusia hidup selama-lamanya masih belum menjadi realiti.

Eterni.Me ialah sebuah lama sosial yang akan membolehkan anda “hidup” selama-lamanya dalam bentuk digital. Apa yang berlaku ialah anda mengisi beberapa soalan berkenaan hidup anda dan dari pengkalan data yang dikumpul, saudara mara anda akan boleh “berbicara” dengan anda selama-lamanya selepas anda pergi bertemu ilahi. Dengan kata lain Eterni.me mencipta bot yang mempunyai kesemua memori yang anda simpan di pengkalan datanya yang diharap mampu menggantikan tempat anda kelak.

Laman ini masih dalam peringkat alpha dan mungkin akan dilancarkan pada tahun 2015. Jika anda berminat untuk hidup selama-lamanya anda boleh mendaftarkan diri untuk percubaan beta di laman ini sekarang.

EternimeSumber Eterni.Me


TIPS & ULASAN