Cari @ Amanz

BlackBerry Messenger boleh dikatakan antara salah satu servis permesejan paling aktif selepas aplikasi WhatsApp. Dengan angka pengguna BBM yang semakin meningkat hari demi hari, BlackBerry dikatakan sedang menguji sokongan iklan pada aplikasi ini.

BlackBerry Messenger AdsMelalui gambar skrin paparan yang dikongsikan melalui Twitter @djghettoredneck, ia memperlihatkan sedikit gambaran bagaimanakah sokongan ini bakal dijalankan pada aplikasi BBM.

Sokongan iklan ini dikatakan bakal hadir pada dua tempat berbeza antaranya di bahagian Invites dan di bahagian tab Updates. Pengguna kelak bakal melihat beberapa iklan seperti sponsored invites dan juga sponsored channel pada kedua-dua bahagian ini.

Tindakan menghadirkan sokongan iklan pada aplikasi BBM ini adalah peluang bagi pihak BlackBerry menjana pendapatan melaluinya apatah lagi kini BBM telah tersedia hadir pada platform lain. Sebelum ini, BlackBerry juga bakal menawarkan sokongan pembelian sticker pada aplikasi berkenaan.

Ia tidak diketahui bilakah sokongan pengiklanan ini akan hadir pada pengguna BlackBerry Messenger secara umum dan mungkin ia tidak mengambil masa yang lama sebelum pihak BlackBerry memperkenalkannya kepada semua pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd