Soap : Router Dengan Skrin Sesentuh Terbina

Soap : Router Dengan Skrin Sesentuh Terbina

Diterbitkan pada Mac 4, 2014 oleh .

Pengenaan komputer kini semakin berkurangan dan digantikan pula oleh pengguna peranti pintar. Kami akui kalau di rumah kami lebih gemar melayari internet dari tablet dan komputer yang digunakan untuk bekerja. Oleh sebab itu Soap, sebuah router dengan skrin sesentuh terbina dihasilkan. Kenapa perlukan skrin sesentuh? Kerana ia membolehkan pemilik mengakses skrin tetapan router yang sebelum ini dilakukan dengan mengaksesnya menggunakan pelayar web pada komputer. Soap diperkasakan dengan pemproses empat teras, skrin sesentuh 7″ dan menggunakan sistem operasi Android. Skrin tetapan rangkaian rumah anda dan WiFi juga dipermudahkan dengan penggunaan ikon. Terdapat juga aplikasi Android dan IOS yang boleh dimuat turun bagi membolehkan anda mengakses router ini di mana-mana anda berada.

Selain itu aplikasi ini juga membolehkan anda menghadkan siapa yang menggunakan WiFi anda, meletakkan had laman web apa yang boleh diakses serta melihat apakah yang sedang dilayari peranti yang menggunakan Wifi anda. Kesemuanya fungsi yang membolehkan anda menjadi NSA di rumah anda sendiri. Soap masih dalam peringkat mengumpulkan dana di Kickstarter dan bagi model berskrin sesentuh anda perlu memberikan dana sebanyak USD 200.

soap_router-2 soap_router

Sumber Soap


TIPS & ULASAN