Kemaskini Android 4.4 KitKat Untuk LG G Flex Bakal Hadir Dengan Sokongan Rakaman Video 4K

Kemaskini Android 4.4 KitKat Untuk LG G Flex Bakal Hadir Dengan Sokongan Rakaman Video 4K

Diterbitkan pada Mac 4, 2014 oleh .

Kemaskini Android 4.4 KitKat untuk LG G Flex kini kedengaran yang mana bakal membawakan beberapa fungsi baru dan salah satunya kebolehan merakam video sehingga 4K.

LG G Flex

Melalui gambar profil User Agent yang dikongsikan, kemaskini KitKat pada LG G Flex kelak dikatakan hadir bersama rakaman video 2160p. Walau bagaimanapun, sokongan rakaman video slow motion pada kadar 120fps dimaklumkan tidak disertakan bersama kemaskini ini.

LG G Flex

LG G Flex merupakan peranti melengkung daripada LG yang diperkenalkan pada Oktober 2013. Ia membawakan skrin sebesar 6-inci, pemprosesan Snapdragon 800 dengan 2GB RAM, kamera 13-megapiksel, dan menyokong rangkaian 4G LTE. Ia juga turut didatangkan dengan fungsi self-healing yang membolehkan bahagian peranti yang calar dibaikpulih secara sendirinya.

Buat masa ini, peranti ini tidak dijual secara rasmi untuk pasaran Malaysia dan beberapa pengedar tempatan dilihat telah mula menjual peranti ini dengan harga sekitar RM2299.

Kemaskini Android 4.4 KitKat dilaporkan bakal hadir kepada semua pengguna LG G Flex menjelang April kelak.


TIPS & ULASAN