Cari @ Amanz

Pembangun pelayar web Opera hari ini telah melancarkan versi terkini pelayar web mereka kepada semua pengguna desktop dengan menghadirkan pelayar web Opera 20 untuk pengguna Mac dan Windows.

Opera 20

Beberapa pembaharuan yang disertakan pada Opera 20 adalah termasuk Hardcore Mode yang membolehkan anda tweak beberapa tetapan selain membawakan penambahbaikan pada bookmarks bar. Versi terkini pelayar Opera ini turut membawakan kemaskini dari segi kelajuan dan beberapa penambahan seperti kebolehan drag-and-drop dan kustomasi pada Speed Dial.

Pelayar web Opera 20 ditawarkan secara percuma kepada semua pengguna dan bagi pengguna sedia ada, anda boleh mengemaskini pelayar web Opera anda atau memuat-turun versi yang terbaru ini melalui pautan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd