Apple Memfailkan Paten Fungsi Pemeriksaan Panggilan Audio Untuk Mel Suara

Apple Memfailkan Paten Fungsi Pemeriksaan Panggilan Audio Untuk Mel Suara

Diterbitkan pada Mac 4, 2014 oleh .

Salah satu kelebihan telefon rumah dan telefon yang hadir dengan kebolehan menjawab panggilan secara sendiri, pengguna boleh mendengar semula mel suara (voice mail) yang ditinggalkan kepada mereka. Kini dilihat Apple telah memfailkan fungsi yang serupa untuk digunakan pada peranti Apple akan datang.

Voicemail Screening Apple

Melalui paten yang difailkan Apple, paten ini membolehkan pengguna mendengar dan menyemak semula mel suara apabila pengguna terlepas daripada mendapatkan mel suara tersebut pada sebelumnya.

Berbeza dengan mendengar semula mel suara melalui perkhidmatan selular, paten ini hanya difailkan untuk pemeriksaan panggilan audio (audio call screening) dan seterusnya untuk dijadikan sebagai semakan melalui mel suara daripada peranti sahaja.

Buat masa ini, paten yang difailkan tidak diketahui bila akan digunakan dan mungkin Apple bakal hadir dengan satu fungsi baru untuknya melalui kemaskini sistem operasi iOS kelak.


TIPS & ULASAN