Carian
(MWC 2014) Lenovo S660
March 5, 2014 Ikhwan Nazri

Lenovo S660
Pemproses 1.3GHz quad-core MediaTek MT6582
RAM 1GB
Muatan Dalaman 8GB
Kamera 8-MP Belakang, 0.3 MP Depan
Skrin 4.7-inci 540×960 pixel
Bateri 3000 mAh

Lenovo pada MWC 2014 telah menampilkan pelbagai telefon pintar beserta peranti komputer mudah alih di reruai mereka. Lenovo S660 yang ditampilkan merupakan telefon pintar terkecil versi mampu milik didalam keluarga ‘S’.

Spesifikasi Lenovo S660 boleh dikatakan menepati keperluan sebuah telefon asas dan apa yang kami kagumkan adalah kapasiti baterinya yang tinggi, iaitu 3000 mAh. Malahan, kapasiti baterinya melebihi Lenovo S850 yang mempunyai spesifikasi lebih baik berbanding telefon ini

[amanz-gallery]

Daripada percubaan kami, set demo yang digunakan kami mempunyai bekas luaran yang tahan hentakan dan boleh berfungsi sebagai tempat letak telefon untuk keadaan mendatar. Melalui laman rasmi Lenovo Malaysia, bekas tersebut adalah tertakluk kepada pilihan pengguna dan kami tidak dapat pastikan sama ada ia dijual bersama atau berasingan.

Untuk telefon kelas asas dan mampu milik serta menyokong fungsi dwi-sim, saiz bentuknya sesuai untuk mereka yang bertangan kecil dan juga untuk operasi penggunaan sebelah tangan. Buat masa ini ia beroperasi menggunakan Android 4.2 Jelly Bean dan tiada pengesahan untuk kemaskini Android 4.4 KitKat.

Kami merasakan apabila telefon ini muncul di pasaran Malaysia, ia bakal memberikan saingan yang sengit buat Moto G.

Komen